Teknologi merujuk kepada alat atau bahan yang dicipta untuk menyelesaikan masalah manusia. Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan lebih mendalam. Pendidikan melibatkan penggunaan teknologi yang disebut sebagai teknologi pendidikan.
Crowell (1971) mentakrifkan teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberikan kesan baik kepada pendidikan. Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat menimbulkan pembelajaran (Uhwin Derek, 1976). Teknologi pendidikan merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal (Wikipedia).
Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran:
Teknologi pendidikan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana memfokuskan isi-isi penting tentang topik yang akan disampaikan.
Penggunaan teknologi pendidikan menjimatkan masa, tenaga, dan wang. Pelajar tidak akan berasa bosan kerana teknologi pendidikan boleh mengekalkan minat pelajar dan menghiburkan pelajar.
Penggunaan teknologi pendidikan mengelakkan berlakunya salah tafsir atau tidak faham terhadap konsep melalui deria lihat, dengar atau mungkin sentuh.
Teknologi pendidikan melibatkan pelbagai deria pelajar. Contohnya, penggunaan visual yang diikut oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
Penggunaan teknologi membawa kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar. Kelainan dan kepelbagaian tidak dapat dirasai dalam kaedah mengajar tradisional.
Teknologi pendidikan membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Teknologi pendidikan memperkayakan pengalaman pelajar. Contohnya, media bergerak seperti iklan pada kenderaan bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid.
Murid-murid dapat menyaksikan sendiri kejadian yang tidak pernah dialami oleh mereka. Hal ini menyebabkan mereka seolah-olah mengalami kejadian.

Teknologi di bilik darjah
Komputer. Guru boleh menunjukkan pelajaran baharu, membentangkan bahan baharu, menggambarkan cara menggunakan program baharu dan menunjukkan laman web.
Laman web kelas. Salah satu cara senang untuk menunjukkan hasil kerja pelajar adalah dengan mereka laman web untuk kelas. Setelah laman web direka, guru boleh mencatat tugasan dan kerja rumah, hasil kerja pelajar, petikan terkenal, dan banyak lagi.
Blog dan wiki kelas. Berbagai-bagai alat Web 2.0 dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pelajar dibenarkan mengekalkan dialog berturut-turut seperti buah fikiran, idea, jurnal dan tugasan yang disediakan untuk refleksi dan komen pelajar. Wiki adalah lebih banyak kumpulan difokuskan untuk membenarkan banyak ahli mengedit dokumen perseorangan dan mencipta kerjasama serta berhati-hati mengedit produk siap.
Mikrofon tanpa wayar . Dengan bantuan mikrofon kelas , pelajar boleh mendengar suara guru dengan lebih jelas. Guru tidak perlu bersuara dengan nada tinggi untuk mengajar.
Papan putih interaktif. Papan putih interaktif ialah papan tradisional versi moden digunakan di bilik darjah. Pertunjukan interaktif besar yang disambungkan dengan komputer dan projektor. Projektor menayangkan desktop komputer pada skrin putih. Guru dan pelajar boleh mengawal komputer dengan menggunakan pen atau jari tangan sebagai tetikus.Guru boleh menunjukkan pelajaran, video dan gambar kepada pelajar apabila guru mengajar sambil berdiri berhadapan dengan pelajar. Pelajar boleh melukis, menulis dan memanupilasi gambar. Mencantumkan dan menukar idea sumbang saran dengan senang ialah punca pelajar mendapat kejayaan lebih cepat.
Media online. Banjiran video laman web boleh dimanfaatkan untuk menjadikan pelajaran bilik darjah lebih menarik. (Contohnya, United Streaming, Teaching Tube, dan lain-lain.
Ipad. Guru mengambil cara menggunakan Ipad hampir sama dengan papan putih interaktif kerana Ipad lebih kecil daripada papan putih skrin. Guru boleh menjalankan pengajaran kolabratif dengan menggunakan Ipad. Penggunaan Ipad menarik minat pelajardalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:
Post a Comment